Friday, June 29, 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI - TUN MAHATHIR


Perjuangan Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)


Inilah sajak yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan. (TAKEN FROM http://bigdogdotcom.wordpress.com)

MELAYU MUDAH LUPA - TUN MAHATHIR

Peringatan ini diluahkan melalui persembahan sajak oleh Presiden UMNO itu sendiri semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001, untuk menyedarkan bahawa sifat negatif ini wujud dalam sistem orang Melayu agar sentiasa beringat, sedar keadaan mereka dan tidak cepat dan mudah selesa.




Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

There are three sides to our personality - Bob Proctor


There are three sides to our personality. We are spiritual beings, we have an intellect and we live in a physical body. Now, you will notice between the intellect and the physical are the emotions. The emotions are the vibration that you are in. Now really think about this for a moment. 

What is controlling or who is controlling your emotions? 

Is your intellect controlling your emotions? 

Or, is the outside world controlling your emotions? 

Good question. 

See, if your intellect is not in control of your emotions, if the outside world is in control, you are not even in control of yourself. You are not in control of the vibration, you are not in control of the results you are getting and, you know, it is a strange thing. We have got to wake up and really take a look at where we are and what we are capable of doing and say, “I am going to take control of my emotions, I am going to take control of my world."

 - Bob Proctor