Wednesday, May 2, 2012

7 TANDA ISTERI DERHAKA KEPADA SUAMI

This article has been taken from the blog 'Badut Rakyat' (http://www.badutrakyat.blogspot.com). Thank you so much. I would like re-post the article inside this blog because it probably beneficial to the unknown readers;


Kali ini saya lari sikit dari politik,saya nak berikan sedikit kupasan berkenaan dengan hubungan suami isteri.kepada anda yang sudah berumah tangga,apa kata baca sejenak dan renungkan artikel yang saya tulis ini.Sesungguhnya,beruntung menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang dan peluang yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga.Dosa isteri ditanggung oleh si suami,dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi Allah apabila mereka juga bergelar ibu.Syurga di bawah telapak kaki ibu,begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.

terdapat hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan perempuan.Mengapa boleh berlaku ???

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya.Mungkin tak sedar,tetapi begitulah manusia,sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.

saya kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka.sekali kali saya ingin nyatakan,Ia sebagai buat renungan dan ingatan agar isteri berupaya mendapat tempat tertinggi di sisi Allah dan suami.Untuk suami, jangan dilepaskan tanggungjawab,anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya anda pimpin.

Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami

Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya;
  1. Menghina atau mengumpat suami
  2. Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
  3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
  4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
  5. Membenci kegemaran suami
  6. Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
  7. Mengungkit-ungkit janji suami


Wahai pembaca Badut Rakyat Yang bergelar isteri,sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya.Betapa buruk dan teruk pun suami itu,adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN