Kali ini saya lari sikit dari politik,saya nak
berikan sedikit kupasan berkenaan dengan hubungan suami isteri.kepada anda yang
sudah berumah tangga,apa kata baca sejenak dan renungkan artikel yang saya
tulis ini.Sesungguhnya,beruntung menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang
dan peluang yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga.Dosa isteri
ditanggung oleh si suami,dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi
Allah apabila mereka juga bergelar ibu.Syurga di bawah telapak kaki
ibu,begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.
terdapat
hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan
perempuan.Mengapa boleh berlaku ???
Antara
sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada
suaminya.Mungkin tak sedar,tetapi begitulah manusia,sering terbabas ke kancah
khilaf akibat nafsu dan hasutan.
saya
kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka.sekali kali saya ingin nyatakan,Ia
sebagai buat renungan dan ingatan agar isteri berupaya mendapat tempat
tertinggi di sisi Allah dan suami.Untuk suami, jangan dilepaskan
tanggungjawab,anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya anda pimpin.
Tujuh
Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Terdapat
7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya;
- Menghina atau mengumpat suami
- Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
- Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
- Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
- Membenci kegemaran suami
- Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
- Mengungkit-ungkit janji suami
Wahai
pembaca Badut Rakyat Yang bergelar isteri,sesungguhnya kedudukan si isteri
adalah bersama suaminya.Betapa buruk dan teruk pun suami itu,adalah
tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si
suami.Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN